Merupakan hasil beras tanah tinggi Sabah, ia kelihatan seumpama beras pulut hitam dan kebanyakannya diusahakan secara kecil-kecilan oleh penduduk kampung. Pengeluarannya yang terhad menjadikan beras ini dijual dengan harga di sekitar RM15-RM16 sekilogram.
Berasal dari Daerah Keningau, Sabah, beras ini memiliki bentuk fizikal yang halus, berwarna putih bertompok hitam dan dikategorikan sebagai beras tanah tinggi. Ia hanya boleh didapati di pasar pagi, dan dihasilkan dalam jumlah yang terhad. Harga jualannya mampu mencecah RM16-RM18 sekilogram.
Beras Bukit Hitam ini merupakan satu lagi beras berpigmen hasil bumi Sabah. Ia merupakan variasi beras daripada padi bukit yang boleh didapati di daerah Keningau namun sangat terhad pengeluarannya. Beras ini mempunyai kandungan mineral yang lebih tinggi dan menghasilkan tekstur nasi yang agak lembut, sesuai untuk pelbagai hidangan tradisi masyarakat Sabah.
Bario membawa maksud "angin" dalam bahasa Kelabit. Keunikan beras istimewa variasi Adan yang berasal dari Tanah Tinggi Bario, Sarawak ini terletak pada tekstur nasinya yang sangat lembut, sedikit melekit dan memiliki aromanya yang tersendiri. Ia memiliki bentuk fizikal yang kecil dan halus dan boleh didapati dalam pelbagai warna yang lain seperti putih, merah dan hitam.
Beras Adan merupakan kebanggaan Bumi Kenyalang dan memiliki ciri-ciri fizikal yang hampir sama dengan Beras Bario. Sehingga hari ini, padi ini masih ditanam secara tradisional oleh suku kaum Lun Bawang dan Long Semadoh di Bakalalan dan kaum Kelabit di Bario. Penanaman dan pegeluaran beras ini secara organik menjadikan ia produk tempatan bermutu tinggi yang turut mendapat permintaan tinggi di kalangan penduduk di Semenanjung Malaysia.
Beras Sia adalah sejenis variasi beras merah asli yang ditanam di kawasan tanah tinggi di Bakalalan, Timur laut Borneo oleh suku kaum Lun Bawang. Warna merah asli beras ini terhasil daripada kandungan Anthocyanin pada lapisan luar bijirin. Ternyata, beras ini memiliki khasiat tersendiri dan sangat popular di kalangan penduduk tempatan. Beras Sia menghasilkan tekstur nasi yang lembut dan wangi, sesuai untuk dihidang bersama juadah istimewa negeri Sarawak.