Beras Merah / Red Rice
Beras Merah adalah sejenis beras istimewa yang melalui proses separa kisaran dan mempunyai kandungan nutrisi menyerupai beras perang. Beras ini kaya dengan sumber antioksidan. Ia juga mempunyai rasa yang lebih kenyal dan berlemak berbanding beras putih. Namun, disebabkan lapisan dedaknya yang tebal, tempoh memasak beras ini adalah lebih lama. Maka seeloknya beras merah direndam selama 30 minit sebelum dimasak agar nasi menjadi lebih lembut.
Red Rice is a special variety of rice which is ‘unhulled’ or ‘partially hulled’ and is similar to brown rice in terms of its nutritional benefits. However, red rice contains rich antioxidant property. This variety of rice is generally sweeter and nutty in flavor and texture besides being chewier than white rice. Cooking time for red rice takes longer, thus soaking the rice for about 30 minutes before cooking would give a softer texture.