KENYATAAN MEDIA
Untuk Siaran Segera

BERNAS Selesai Salur Penuh Peruntukan Bantuan Khas Pesawah RM90 Juta

SHAH ALAM, 6 April 2025 – Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) hari ini menjelaskan bahawa keseluruhan Peruntukan Bantuan Khas Pesawah berjumlah RM90 juta telah disalurkan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), selaras dengan komitmen Syarikat menyokong usaha kerajaan MADANI membela kebajikan pesawah miskin.

Dalam satu kenyataan, BERNAS berkata peruntukan khas fasa pertama sebanyak RM60 juta disalurkan secara berperingkat kepada KPKM dan pembayaran terakhir sebanyak RM15 juta selesai sepenuhnya pada 5 Mac 2025.

Peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Februari lalu, juga sudah selesai disalurkan kepada kerajaan pada 28 Mac 2025.

BERNAS berkata peruntukan khas itu merupakan wang ihsan syarikat BERNAS dan bukannya dana awam. Justeru, ia tertakluk kepada tadbir urus kewangan korporat yang ketat dan pematuhan kewangan dalaman untuk kelulusan sebelum dapat disalurkan kepada kerajaan.

Syarikat ini kekal komited terhadap pelan tindakan jangka panjang KPKM dengan mengutamakan kebajikan pesawah bagi menjamin ketersediaan produk dan mendokong agenda keterjaminan makanan negara.


Mengenai BERNAS

BERNAS ditubuhkan pada 1994 dan mengambil alih peranan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) untuk mengawasi perkembangan industri padi dan beras negara. Selama lebih tiga dekad, BERNAS telah menjadi pemain utama di dalam industri padi dan beras negara dan diiktiraf sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai untuk keselamatan dan keterjaminan makanan.

Slogan "Kesejahteraan Untuk Semua," mencerminkan nilai dan komitmen kami untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang terbaik kepada negara dan berusaha untuk memenuhi kewajipan dengan penuh dedikasi serta mengimbangi keperluan semua pihak berkepentingan dalam meningkatkan piawaian kualiti tertinggi merentasi rantaian bekalan kami.

 

PADIBERAS NASIONAL BERHAD 199401009835 (295514-U)
1, Jalan Majistret U1/26, HICOM Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.