Pihak BERNAS berperanan menguruskan Skim Subsidi Harga Padi serta sering mengunjungi sawah padi untuk menjalankan rutin pemantauan dan memberi khidmat nasihat agronomi untuk meningkatkan hasil padi. BERNAS juga menyediakan jentera pertanian dan peralatan canggih kepada petani untuk meningkatkan kecekapan ketika melakukan kerja-kerja menanam padi.