SIARAN MEDIA
Untuk Siaran Segera
BERNAS SANGKAL DAKWAAN PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAKWA TERDAPAT CAMPURAN BERAS PLASTIK DI DALAM PRODUKNYA
06 Oktober, SHAH ALAM – Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menyangkal dakwaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab berhubung penularan mesej berantai di media sosial bahawa terdapat campuran beras plastik di dalam produk BERNAS.
BERNAS sentiasa memastikan tahap pematuhan piawaian yang tinggi dan pemantauan kualiti yang ketat di setiap peringkat perolehan bekalan beras import dan tempatan. Semua jenis beras import yang dibawa masuk ke dalam negara perlu melalui syarat ketat dan proses pemeriksaan kualiti yang rapi bermula di negara pembekal sehinggalah sampai ke negara ini.
Bekalan beras yang dibawa masuk ke negara ini turut dibekalkan dengan sijil pengesahan kualiti dan spesifikasi beras yang dipantau rapi yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Ini bertujuan bagi mencegah sebarang bentuk penyelewengan yang tidak diingini.
Justeru, berhubung dakwaan wujudnya ‘beras plastik’ di pasaran tempatan, BERNAS memberi jaminan bahawa beras import yang dibekalkan oleh BERNAS adalah tulen dan selamat untuk penggunaan orang ramai.
BERNAS ingin menasihatkan kepada orang ramai untuk tidak mempercayai berita palsu yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang pertanyaan atau mendapati wujudnya unsur-unsur yang mencurigakan ke atas produk beras BERNAS yang dibeli, emelkan aduan rasmi anda di
Pihak BERNAS tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan atas mana-mana pihak yang menyebarkan tuduhan tidak berasas untuk menjatuhkan reputasi kami.
About BERNAS
BERNAS was established in 1994 when it took over the role of Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) as the custodian of Malaysian paddy and rice after LPN was corporatized. For more than three decades, BERNAS has been a key player in Malaysia's paddy and rice industry and is recognized as a reliable partner for food security and sustainability.
Our longstanding slogan, "Nourishing the Nation," reflects our values and commitment to providing the best products and services to our country. We embrace our shared core values of Integrity, Customer Focus, and Teamwork, and strive to fulfil our obligations with full dedication, while also balancing the requirements of all stakeholders and upholding the highest standards of quality across our supply
chain.